Angry Birds | Pandangan menurut Islam

Labels:


Permainan Angry Birds adalah permainan yang sangat popular khususnya kanak-kanak. Pelbagai persepsi diberikan kepada permainan ini. Kebanyakan pandangan berbentuk negatif termasuklah saya sehingga saya menemui artikel ini.

1. JIHAD DAN TADHIYYAH (PENGORBANAN)

Antara ciri yang paling hebat ialah Angry Birds sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan raga mereka menghapuskan khinzir hijau yang suka tersengih di akhir permainan (jika masih hidup).

Angry Birds biru,merah dan hijau sanggup cederakan diri sendiri
Angry Birds hitam pula sanggup meletupkan dirinya
Angry Birds putih pula sanggup cederakan anaknya.

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad semata-mata untuk mencapai satu matlamat menjatuhkan tembok jahiliyyah yang kukuh dengan menghapuskan musuhnya.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga". (9:110)

2. AMAL JAMAIE

Dalam meruntuhkan tembok yang kukuh itu, Angry Birds itu tidak bertindak berseorangan kerana tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak seorang diri. Maka mereka bersatu bertindak secara jemaah dalam meruntuhkan tembok itu.

"Bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran" (5:2)

3. TANZIM (ORGANISASI) YANG TERSUSUN


Adakah mereka main langgar sahaja siapa yang serang dulu? Tidak, bahkan mereka sedar setiap mereka (burung) mempunyai kemampuan, semangat pengorbanan dan isti'ab yang berbeza. Mereka disusun dahulu, siapa yang akan menyerang dahulu. Kenapa? Sebab Saidina Ali (karamallahu wajhah) berkata: "Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun".

4. GERAK KERJA YANG MUNTIJAH (BERHASIL)

Macam mana pula mereka menyusun siapa yang pergi dahulu?

Mereka susun dengan menilai apa cara yang paling berkesan untuk meruntuhkan tembok tersebut. Setiap burung mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. Menjadi tanggungjawab kita sebagai qiadah (ketua) mereka  apa kelemahan musuh kita dan dengan kekuatan tentera kita yang berbeza-beza bagaimana kita menyusun strategi mengalahkan musuh dengan tenaga paling sikit dan masa paling cepat!

5. TAAT

Sebagai qiadah perkara yang menyenangkan hati kita adalah apabila Angry Birds itu mengikuti segala perancangan kita. Kalau kita mahu mereka ke atas, ke ataslah mereka akan pergi. Pasti tiada yang akan main permainan ini jika kita mahu ke kanan mereka ke atas.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu”. (4:59)

6. UKHUWAH

Kena faham bahawa ukhuwah Angry Birds itu sangat diperlukan. Mereka sedih dan marah apabila telurnya dicuri. Mereka merasai penderitaan Angry Birds yang lain kerana mereka semua bersaudara. Jika satu anggota sakit, sakitlah seluruh anggotanya. Tidak akan ada game Angry Birds jika tiada ukhuwah di kalangan saudara Islam. Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam jika tidak wujud ukhuwah sesama Islam.

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara."  (Al-Hujurat:10)

Dan sedarlah, bahawa pertolongan Allah takkan datang tanpa kesatuan sesama Islam. Semua yang anda baca tadi ialah pengajaran daripada permainan Angry Birds.
NOTA | Ulasan ini adalah rangkuman daripada pandangan-pandangan blogger Islam yang memperkatakan berkaitan permainan ini. Secara peribadi, pada mulanya saya bersangkaan negatif dengan permainan ini atas sebab saya rasakan ianya satu penyiksaan. Tapi selepas membaca pandangan rakan blogger yang lain, saya telah mengubah persepsi saya terhadap permainan Angry Birds.
Allahu alam.

Burung Marah | Angry Bird versi Sabahan

Labels: ,


Angry Birds ("Burung Marah") merupakan satu permainan video yang dimajukan oleh syarikat Finland, Rovio Mobile (kini Rovio Entertainment). Permainan yang mendapat ilham daripada lakaran burung-burung yang tidak berkepak ini mula-mula dikeluarkan untuk antaramuka iOS keluaran Apple pada Disember 2009.[2] Semenjak itu, lebih 12 juta salinan permainan ini telah dibeli dari App Store Apple,[3] sehingga mendorong syarikat pembuatnya untuk mereka versi-versi baru untuk telefon pintar berskrin sentuh yang lain, misalnya sistem pengendalian Android, antara lainnya.
Dalam permainan ini, pemain menggunakan lastik untuk menembakkan burung ke arah gerombolan khinzir yang berjaga dalam kubu dengan tujuan menghapuskan kesemua khinzir di atas medan main. Apabila pemain mara ke hadapan sepanjang permainan, terdapat burung-burung jenis baru yang mempunyai kebolehan-kebolehan istimewa yang boleh dihidupkan oleh pemain. Rovio Mobile menyokong Angry Birds dengan pelbagai kemas kini percuma yang menambah isi kandungan permainan. Rovio turut mengeluarkan versi permainan ini yang berasingan sempena musim perayaan dan promosi.

Angry Birds disanjungi kerana berjaya menggabungkan ciri-ciri permainan yang menagihkan, gaya yang lucu, dan harga yang rendah. Kelarisannya turut mendorong pembuatan versi Angry Birds untuk komputer peribadi dan konsol permainan, barang-barang dagangan yang menampilkan watak-wataknya dan juga rancangan untuk membuat filem atau siri televisyen. Dengan sejumlah 1 bilion muat turun di semua platform, termasuk edisi biasa dan khas,[4] permainan ini digelar "salah satu permainan yang paling berjaya di arus perdana",[5] "salah satu permainan hit paling cemerlang 2010",[6] dan "kejayaan aplikasi mudah alih terbesar yang pernah disaksikan oleh satu dunia setakat ini".[7]